Wednesday, April 22, 2015

Teknik Turunkan Berat Badan (25 Day)

Good Morning Lovely,

Lama sangat tak update blog ! wahh... rinduu sangat. Pagi ni sama macam hari-hari yang lain.. Sibuk yang amat jugak tapi rasa excited nak menaip depan PC.
heheee~ walaupun hari-hari mengadap depan PC ni. Memang muntah *_* haihh

Ok ! disebabkan sel-sel otak aku dah mula berhubung, maka jari jemari aku makin rancak nak menaip. Padahal nak update pasal nak turunkan berat badan.
* sadis betul ayat KURUS tu !!

Cemburu tahap dewa sehh, korang makan banyak tapi tak jugak gemok kan ?
Habis aku ni ? makan makan , lepas tu badan pun lagi naik banyak daripada makanan.
Sebab apa ? yeesss ... soalan bijak tu. 

Sebab perempuan yang berkerjaya sedang-sedang macam aku ni, malas nak bersenam, keluarkan peluh dalam badan. Lemak pun bertengkek-tengkek. Berjaya diternakan dalam suasana econd yang sejuk beku. Hahaha . Hasil yang sangat memberangsangkan sekali. Aku nak pakai seluar yang longgar dulu , kini semakin mengetat. *_*

Aku tak rasa seluar tu mengecut ?? Mind set macam ni kene ubah. Ape punya mind set la. Sebab tu aku tengok cermin, aku sentiasa kata cermin tu tipu aku !! hahaaa. Ade ke patut. Aku nampak gemok depan cermin. Hakikatnya.... hurmm.. aku tipu diri aku dengan  jayanya. Aku sangat GUMBIRAA ^_^

 
Korang perasan tak aku berjaya jadi sado macam mamat kat sebelah tu ? well .. Aku bukan jurulatih mamat sado tu ok. Tapi aku ni ibarat cermin bagi mamat tu.. haihh... die SADO tu oklah. tapi aku ni kena la SEDOOR diri ok. Dedor aku tengok pic aku. Angan-angan aku sebelum bergambar, 'aku kelihatan kuruih dan kecik molek gitu' 
Tapi hakikat yang HAKIKI.. terpancar dua imej yang lebih kurang sama. Dia versi Lelaki kacak dan sado menjadi pujaan hati ku! aku hanya seorang wanita yang lemah gitu..
ceitt... drama sungguh ayat kau *_*

Bila dah start sedor diri, maka aku tanamkan azam yang tiap-tiap tahun aku azamkan. Hopefully azam tak tinggal azam. Nanti terpaksa aku cari Encik Azam, untuk tanamkan niat azam yang istiqamah ni. heeehee. 




Maka semalam 21/04/2015,selasa.. Aku dengan semangatnya mulakan diet aku dengan 'Nasi Lemak ayam goreng berempah' (1st day dah gagal) Ok ! itu untuk breakfast. Lunch aku dah rasa kenyang sangat, so.. aku just ambil coffee kosong aje.
Then aku kena stay office dengan kepala senoneng. feeling macam puasa pulak. kiki
Malam semalam, before 9pm aku kene dinner. Menu istimewa adalah telur dan tuna !


Pinggan memang besar gedabak, sengaja aku pilih pinggan tu. Kenapa yang besar?
Cikgu diet selalu ajar, makan pakai pinggan kecik-kecik. Jadi kita makan sikit je.
Tapi aku jenis bangsa kalau dah makan pinggan kecik dan kecik, sepadang bola aku habiskan. haha. Crush diet aku ! so aku pakai pinggan besar , letak makanan sikit-sikit.
kan comell.. jadi aku akan makan sekali je. sebab takut tengok pinggan tu.
Tu mind set aku la. kalau korang? jangan isi full pulak pinggan besar tu. Memang bertambah besar pinggang seluor kau tu nanti. 

This morning just breakfast sosej (gelap terlebih masak) haha! lepas tu milo kosong.
Actually kalau diet Atkins, tak boleh sentuh yang bersusu/ kafien dan seangkatan dengannya.Tapi aku bukan Atkins tegar. So.. aku rojakan then cipta 1 formula diet, mengikut kesesuaian badan aku. Aku ni jenis anemia, kene ade gula sikit dalam badan. Orang kampung katakan. Kalau tak ada, nanti aku pening-pening lalok loya bagai. Aku search macam-macam sumber, then start belajar kira-kira kalori makanan

Next aku ajar macam mana pulak cara kira kalori ni yek. Why telur dan telur everyday? sebab within 2 week, aku induction process !!! kene makan telur, daging, ayam , sayur hijau, air kosong sahaja.

Akhir kata ~ jangan lupa minum air kosong ok ! 1 liter bersamaan 25kg korang.
Means kalau berat korang 50kg, kena minum sekurang-kurang 2 liter.
Eh ... Pandai-pandailah korang kira sendiri..  Air kosong TAK ADA kalori ye! kbai


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

No comments:

Post a Comment